Thursday, January 2, 2014

The Land Of Angkor - Siem Reap

Utk cerita hari pertama dan kedua, boleh klik di sini.

5 Dis 2013 ( Khamis ) - Hari Ketiga
Meneruskan perjalanan sejauh 319 km ke Siem Reap dengan bas ekspress. Bas dijadualkan bertolak pada jam 8 pg tapi 8.45 pg baru nampak batang ekzos. Gitu gini, ambil org di hotel lain, tersangkut dlm kesesakan trafik di bandar Phnom Penh...yg btl2 bgerak dlm pkl 10.00 pagi. Hmmm...nasib baik semasa bas isi minyak, aku sempat membeli mister Potato dan membawa Roti Naan Garlic lebihan mkn malam semalam ( Indian Restaurant, No. 335, St. Sisovath, dpn Water Front. Harap dapat membantu sekiranya anda mencari Restoran Halal ). Kalau tak, memang aku kebuluran 8 jam di dalam bas. ( Kalau kat Malaysia mgkin hanya mengambil masa 4-5 jam perjalanan tp kat sini takde highway. Hanya 1 lane bagi setiap arah dan jln agak berlubang2 dan berdebu ). Memang ada berhenti sekali kat "R&R", tapi aku tak 'tergamak' utk makan dan 'membuang' kat WC di tempat seperti ini. 
Gambaran yg lbh jelas bila semua penumpang menaiki bas semula seperti gambar dibawah ini. 

Aku rasa mmg etika mkn dorg mcm ni. Sblm ni pun, aku lalu kat satu kedai mkn tepi jln, pemandangan yg sama. Tisu bersepah. Pelanggan dengan selambanya menghembus hingus ke sebelah kiri atau kanannya. Kupas telur rebus yang tersedia di atas meja pun dibiarkan je kulitnya jatuh ke lantai. Kalau mcm aku, kulit tu dikumpul la kat atas meja. Korang mcmana?. Masih berselera jg ke mkn kat tempat mcm ni?. 

Sesampainya di Siem Reap, kami disambut oleh Safy ( pemandu Tuk2 ) yang kami 'tempah' dari group Malaysian Backpackers Club (MBC). Khidmat Tuk2nya digunakan sepanjang kami berada di sini dengan bayaran USD 10 setiap seorang. Selepas check-in kat Sweet Home Angkor, kami dibawa makan tengahari merangkap mkn mlm di restoran yang terletak di perkampungan muslim. Dari Muslim Family Kitchen ini, ada 2 lg tempat makan yang terletak berdekatan dan dari sini juga, dapat dilihat Masjid An Naekmah.


Selepas makan, kami dibawa ke Angkor Night Market, Pub Street dan singgah ke kilang roti untuk membeli sarapan pagi esok. Untuk USD 1, dapat 17 biji baguet. Hambek mu!. Hahahaha


 6 Dis 2013 ( Jumaat ) - Hari Keempat

Hari ni kami keluar seawal sebelum subuh, iaitu pada pukul 4.00 pagi untuk melihat matahari terbit di Angkor Wat. Gelap gelita dan sejuk. Nasib Lim membawa lampu suluh. Kami dikelilingi oleh photographers dgn lensa kamera yg panjang2. Terus malu aku mengambil gmbr dengan compact camera Nikon aku. Hahahaha
Adjust punya adjust mode kamera, segala jenis mode aku cuba, akhirnya aku ambil guna hp. Lagi cantik.
Tgk la photographer kat blkg tu. Siap pki remote dan tripod untuk elakkan kepala org masuk dlm gmbr.

Mengunjungi kuil yang dibina oleh Raja Suryavarman II ni aku kurang teruja, tidak seteruja semasa mengunjungi Piramid Giza ataupun Chandi Borobudur. Mgkin sbb Kuil Buddha ini kurang terjaga, byk contengan pada dindingnya angkara pengunjung yang gatal tangan.

Destinasi seterusnya, Angkor Thom yang terletak beberapa kilometer ke arah timur. Agak panas dan sesak, tapi berjaya mendapatkan pose menarik bersama imej Bayon. 

Mcm sama jer...mcm serupa jer...

Tidaklah lengkap kalau tidak menyudahi lawatan ke Ta Prom, yang dipopularkan lagi oleh Angelina Jolie menerusi filem Tomb Raider. 
 
Kerja2 maintainance sedang berjalan memandangkan banyak kawasan temple yang runtuh akibat daya dari akar2 pokok yang menjalar.
Berkunjung di Angkor sememangnya satu kemestian bagi mereka yang berkunjung ke Siem Reap. Ketiga2 Tapak Warisan Dunia ini dapat dilawati dengan hanya USD 20. Walaupun panas dan agak penat berjalan kerana kawasan temple ni berkeluasan 20 km persegi, at the end of the day, bila tgk balik gambar, amat berbaloi2. 

Mengakhiri hari ini dgn Tonle Sap Lake Cruise dan melihat matahari terbenam di ufuk tasik. Ia merupakan tasik terbesar di Asia Tenggara, berkeluasan 2,700 km persegi pada musim kering dan mencapai keluasan 16,000 km persegi pada musim hujan. Bagaimanapun, bayaran USD 15 untuk melihat perkampungan sepanjang Sungai Tonle Sap ini aku rasakan sangat tidak berbaloi. Mungkin kerana ia pemandangan biasa di Semporna, Sabah.  Aku sempat tertidur walaupun bunyi enjin sampan agak kuat.

7 Dis 2013 ( Sabtu ) - Hari Kelima.

Hari ni kami bangun lewat sedikit sebab plan nak ke kawasan Old Town Quarter, Russian market utk cari souvenir. Benda baru yang aku cuba hari ni ialah Fish Spa yang berharga USD 1 bagi tempoh 15 minit. Murah la kan?. Kalau kat Malaysia, paling murah pun RM 10. Memandangkan Flight kami ke Hanoi ialah pada pukul 7.45 mlm, kami kena balik hostel utk mandi, bersiap2 dan check-out pada pukul 5.00 ptg. 

Utk budget dan itinerary, boleh la rujuk di bahagian bawah entri yang lepas.

RM 1340 untuk sepanjang 5 hari berada di Cambodia. Murah ataupun mahal?.

NOW EVERYONE CAN TRAVEL!!

No comments: