Monday, December 26, 2011

Ai Di Beijing...

Seorg kawan sekerja bertanya, "Su, ko nak ikut lawatan ke Beijing?". Tanpa berfikir panjang, aku terus menjawab, "nak". Mana mgkin aku menolak peluang untuk melihat salah satu keajaiban dunia. Dan pada 23 Oktober 2011, aku bersama 5 orang rakan sekerja selamat menjejakkan kaki ke bumi Beijing dan mendaki Tembok Besar China keesokkan harinya. Huhu...
(Tembok Besar China telah dibina oleh Dinasti Ming pada 475-221 SM bertujuan untuk melindungi negara daripada serangan pihak utara).


Sangat teruja menakluki Tembok Besar China ttp adalah mustahil untuk menghabiskan pendakian dan perjalanan sejauh 6300 km dalam masa yang singkat. Walaupun mendaki tak lebih dari 3 km, namun itu sudah cukup mengalirkan lelehan hingus dan melenguhkan betis. Harga tiket hanyalah Rmb 48 = RM 24 ttp pengalaman bergambar di sini, TIDAK TERNILAI!.

Sblm msk The Forbidden City, kena melalui Tian anmen Square dulu

Keesokan harinya, kami dibawa melawat The Forbidden City. Harga tiket masuk bernilai Rmb 60 = RM 30. Untuk pengetahuan, kawasan penempatan Maharaja ini mengandungi sebanyak 9,999 1/2 bilik dan dikatakan menempatkan seorang gundik bagi setiap bilik. Aku terfikir, "sungguh kuat nafsu maharaja itu. Mcm takde kerja lain selain seks". Untuk melindungi kawasan Larangan ini daripada pencerobohan musuh, batu ditanam sedalam 3 m di seluruh kawasan berkeluasan 72 hektar ini. (Menurut pemandu pelancong, satu kajian yg dijalankan oleh Barat mendapati, jumlah bilik sebenar adalah kurang dari 9,999 1/2. Jumlah 9,999 1/2 itu hanya dibesar2kan untuk menunjuk2 kekayaan, kekuasaan dan 'kekuatan' Maharaja China pada masa itu).

Ini baru pintunya masuknya... belum lagi bangunan utamanya...

Untuk hari ini saja, kami berjalan kaki sejauh 4.5 km di dalam kawasan The Forbidden City. Itu pun hanya melawat sebahagian kawasan sahaja. Kebanyakan bilik atau bangunan di kawasan ini tidak dibuka untuk umum.

Selesai makan tengah hari, kami seterusnya di bawa ke rumah urut (atau supaya korang tak salah faham, Department of Health Care) dan penutup aktiviti hari ini ialah menonton Pertunjukan Akrobatik.

Stesen Tian Jin

26 Okt -Hari keempat lawatan. Hari ni kami ke Tian Jin menaiki Bullet Train. Aku taklah teruja sangat memandangkan dah naik Shinkansen masa mengunjungi Tokyo dulu. Tapi, memandangkan majoriti dah sepakat, takkanlah aku nak tinggal sendiri2 kat hotel FX tu. (Perjalanan Beijing-Tian Jin sejauh 120 km mengambil masa 2 jam 30 min menggunakan bas tetapi hanya 29 minit dengan keretapi laju. Kelajuan maksimum yang boleh dicapai ialah 297 km/j ).

Sekembalinya dari Tian Jin, aktiviti yang digemari oleh semua peserta rombongan iaitu-SHOPPING. Ada yg tangan kiri kanan membawa hasil belian. Aku, cukuplah setakat kain sutera 4 m, winter coat berwarna merah, Fridge Magnet dan beberapa cenderahati yang kecil2 je. Nasib baik nafsu bershopping aku masih berada dalam kawalan.

Bangunan yg menyerupai kepala kuda laut.

27 Okt- Hari ni melawat The Summer Palace (Yiheyuan) yang terletak di barat Bandaraya Beijing. Ia adalah taman sejarah yang terbesar di China. Taman tersebut dibina pada tahun 1755 untuk meraikan harijadi raja dan juga tempat para golongan diraja menghabiskan cuti musim panas. Malangnya, ketika ini kabus agak tebal. Jadi, keindahan taman ini kurang terserlah.


Merah sgtlah Mak Ngah Winter Coat tu. Ahakssss...

28 Okt- Hari ni kami akan bertolak balik tetapi akan singgah bermalam untuk satu malam di Bangkok sebelum ke KL pada keesokan harinya. Secara keseluruhannya, aku bagi 8 dari 10 bintang untuk trip kali ini. Mgkin 2 bintang lagi boleh diperbaiki dari aspek kebersihan tandas dan juga menu sarapan pagi yang disediakan. (Mana tahan beb selama seminggu, sarapan korea yang sama setiap hari).

2 comments:

MiN said...

best best.. tapi kenapa sarapan korea setiap hari?

Si Yoyop Bah... said...

Sbb htl tmpt kami menginap tu (FX htl)takde restoran. Kat sblh htl plak ada restoran Korea yg 'provide' breakfast utk tetamu FX htl. So, FX bg kupon bfast, kami bfast kat restoran korea tu la. Menunya: Kimchi, telur rebus, nasi grg, nasi grg + kimchi, pau sayur, pau kastard, sosej, telur grg. Minum: teh, soya panas. Western food takde!. Tu yg 'kureng' sikit tu.